Selamat Datang ke Portal Peradaban Melayu !...
|

P E R A D A B A N M E L A Y U . M Y merupakan web portal rasmi bagi kumpulan penyelidikan Teknologi & Kelestarian Peradaban Melayu di bawah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. [ Maklumat Lanjut >> | Buku: Sains & Teknologi Alam Melayu | | Buku: Science & Technology at The Malay World |  Buku utama penyelidikan kumpulan Teknologi & Kelestarian Peradaban Melayu yang bertajuk:Sains dan Teknologi Alam Melayu telah diterbitkan pada Februari 2010. Buku ini mengumpulkan topik-topik utama penyelidikan kumpulan. Buku setebal lebih 400 muka ini boleh didapati dalam dua versi iaitu berkulit keras atau kulit biasa. Tempahan dan pembelian boleh dibuat di pejabat ATMA. [ Maklumat Lanjut >> | | Lanjutan daripada kejayaan menerbitkan buku Sains dan Teknologi Alam Melayu, kumpulan Teknologi & Kelestarian Peradaban Melayu akan melangkah setapak lagi dengan merancang untuk menerbitkan buku yang sama dalam bahasa Inggeris.
Kerja-kerja awal telah pun dimulakan dan ia dijangka akan diterbitkan seawal Januari 2011. nantikan kemunculannya. | Gerbang Tradisional Kelantan | | Kincir Air 3 Dimensi |  Sebuah Gerbang Tradisi dipercayai tinggalan daripada salah satu binaan Istana Diraja Kelantan telah berjaya diperolehi. Pintu Gerbang ini telah selamat dibaik pulih dan didirikan di perkarangan lobi Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM Bangi. Kerja-kerja pemasangan dan pembinaan telah dijalankan pada awal Januari 2009. | | Dokumentasi visual 3 dimensi untuk kajian kincir air di wilayah Padang telah berjaya dijalankan meskipun masih dalam peringkat awal. Beberapa imej 3 dimensi awal untuk kincir air pengairan sawah dan kincir air penumbuk beras telah berjaya dihasilkan dan telah dimuatkan dalam buku: Sains dan Teknologi Alam Melayu.
[ Maklumat Lanjut >> |
|
|