Ukuran dan Sukatan - Sistem Ukuran Melayu PDF Print E-mail
Article Index
Ukuran dan Sukatan
Sistem Ukuran Melayu
All Pages
  

Pengenalan

Orang Melayu pernah mempunyai sistem ukuran (panjang, lebar, saiz, dll) dan sukatan (masa, amaun, berat dan isi padu) mereka tersendiri, seperti juga bangsa bertamadun yang lain. Unit-unit ukuran dan sukatan yang pernah digunakan itu berbeza sama sekali daripada yang digunakan sekarang ini. Unit-unit tersebut berdasarkan kepada pengalaman seharian, keadaan sekeliling, anggota badan dan sebagainya. Misalnya untuk jarak atau masa digunakan ukuran seperti sepelaung, sepenanak nasi; untuk panjang digunakan jengkal, hasta dan depa; untuk sukatan masa digunakan sekelip mata, sekejap, sepekan, dan sepurnama; dan untuk berat pula digunakan sukatan seperti saga, mayam, koyan dan pikul. Sebahagian besar unit ukuran atau sukatan ini sudah tidak digunakan lagi, kecuali sebahagian kecil sahaja. Sudah tentu anak-anak muda pada zaman ini tidak tahu menahu yang sistem ukuran ini pernah wujud dan digunakan oleh nenek moyang mereka satu ketika dahulu. Abdul Razak (2000) telah membincangkan tentang unit-unit ukuran dan sukatan ini. Dalam bab ini akan diperluaskan lagi unit-unit bagi sistem ukuran dan sukatan yang berkenaan, yang dibahagikan kepada jarak (panjang, tinggi, lebar dan dalam), berat, masa, umur, kedudukan dalam keluarga, jarak, masa, amaun, saiz dan mata wang dengan memasukkan unit-unit yang dibincangkan oleh Syahida (2005), Mohammad Alinor et al. (2007) dan Shaharir (2009). Di akhir bab ini diberikan beberapa peribahasa yang berkaitan dengan ukuran dan sukatan yang telah dibincangkan itu beserta dengan maksudnya sekali.

Untuk Artikel Lengkap, dalam [Sains dan Teknologi Alam Melayu>>
  

 



 

  

 

Ikuti Kami...

Facebook Twitter Google Bookmarks

Lokasi Anda Sekarang

Your IP address: 54.227.62.141
Country:   US