Pandai Busana Baju Kurung - Pengenalan PDF Print E-mail
Article Index
Pandai Busana Baju Kurung
Pengenalan
Sejarah dan Latar Belakang
All Pages
  

Pengenalan

Pakaian orang Melayu masa kini lahir daripada perkembangan pakaian orang dahulu melalui proses pengubahsuaian. Proses ini berlaku kesan daripada peradaban awal masyarakat di tempat itu sendiri, dan juga daripada pengaruh pedagang Arab dan India serta China. Berdasarkan pengaruh tersebut, budaya Melayu diolah dan digabung menjadi budaya yang indah dan unik. Bertitik tolak daripada perkembangan inilah pakaian wanita dan lelaki di Alam Melayu semakin berkembang dan pelbagai.
 
Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah baju Melayu, manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah baju kurung, baju kebaya panjang, baju kebaya pendek, baju kurung Kedah dan baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau. Walau bagaimanapun, tumpuan penulisan ini hanyalah kepada baju kurung jenis pesak gantung dan pesak buluh (pesak biasa) sahaja.
  


 

Ikuti Kami...

Facebook Twitter Google Bookmarks

Lokasi Anda Sekarang

Your IP address: 54.196.57.4
Country:   US