Kincir Air Melayu - Pengenalan PDF Print E-mail
Article Index
Kincir Air Melayu
Pengenalan
Pengelasan Alat Muzik Melayu
All Pages
  

Pengenalan

9.1 Pendahuluan
Pelbagai model kincir air telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sejak dahulu lagi, termasuk
    dalam dunia Islam. Seorang ahli sejarah Arab yang bernama Ibnu Hauqal berpendapat bahawa kincir
    air yang digunakan pada ketika ini adalah sama dengan alat yang diterangkan dalam al-Quran dalam Surah al-Ra’d:1
Sebagai sebahagian daripada budaya masyarakat tradisional Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu, kincir air telah digunakan untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat terutama untuk keperluan air minum dan keperluan dalam bidang pertanian untuk mengairi sawah dan ladang para petani pada masa itu. Masyarakat tradisional yang masih menggunakan bahan-bahan yang ada di alam luas ini telah mencipta satu model teknologi sederhana untuk memenuhi pelbagai keperluan (Rajah 9.1). Salah satu ciptaan yang sangat terkenal adalah kincir air. Dengan menggunakan aliran air sungai sebagai sumber tenaga, air diangkat dari tempat yang rendah ke tempat yang lebih tinggi. Hasil ciptaan ini digunakan sehinggalah ia menjadi sebati dengan masyarakat tradisional Melayu. Teknologi ini kemudiannya menjadi asas kepada teknologi kincir air yang ada sekarang ini.
9.2  Pengenalan Kincir Air
Kincir air ialah suatu alat berbentuk roda yang mempunyai pengaut dan dibangunkan di atas aliran air sungai. Alat ini sekaligus mengambil air dari sungai dan memindahkannya ke tempat penampungan air. Seterusnya air dari penampungan itu dialirkan secara semula jadi dengan menggunakan graviti ke tempat yang memerlukannya, misalnya sawah, ladang dan lain-lain. Ada juga jenis kincir air yang direka bentuk untuk menghasilkan tenaga elektrik. Jenis ini banyak didapati di daerah yang belum mempunyai bekalan elektrik. Roda kincir yang berputar disambungkan dengan satu alat penjana kuasa elektrik. Ukuran alat penjana kuasa elektrik ini sangat bergantung pada bekalan air yang tersedia. Jika bekalan air yang tersedia adalah banyak ia boleh menghasilkan jumlah kuasa elektrik yang besar dan boleh menerangi satu kawasan yang lebih luas.
Sebenarnya, terdapat banyak jenis kincir air dan kegunaannya masing-masing. Di antaranya ialah jenis kincir air tradisional yang diperbuat daripada bahan semula jadi yang boleh didapati dari hutan seperti buluh dan kayu. Rajah 9.2 menunjukkan sejenis kincir air yang ditemui oleh seorang panglima perang Inggeris yang bernama Raffles di daerah Sumatera Barat pada tahun 1817. Kincir air ini digunakan untuk keperluan pengairan pertanian di salah satu kampung di Minangkabau.
Terdapat juga jenis kincir air yang digunakan oleh masyarakat tradisional untuk menumbuk padi, beras, jagung, kopi dan hasil-hasil pertanian yang lain. Sistem kerja kincir air ini adalah seperti yang dipamerkan pada Rajah 9.4. Bahagiannya adalah seperti berikut:
(a) roda kincir bersekat
(b) batang poros
(c) lengan pengangkat alu
(d) lubang kayu untuk meletak bahan yang akan ditumbuk

9.3  Jenis-jenis Kincir Air
Berdasarkan arah putaran kincir air dan datangnya aliran air, maka kincir air dapat dibahagikan kepada empat jenis.
    1. Putaran arah lawan jam dan air dari atas
    2. Putaran arah jam dan air mendatar
    3. Putaran arah jam dan air dari atas tetapi setinggi setengah tinggi roda kincir
    4. Putaran arah jam dan air dari atas tetapi di bawah tinggi maksimum roda kincir.

  


 

Ikuti Kami...

Facebook Twitter Google Bookmarks

Lokasi Anda Sekarang

Your IP address: 50.16.65.168
Country: